Be Inspired
TALES OWNER STUFF LINKS TWITTER FACEBOOK ARTWORK follow
Update.
Friday, May 10, 2013 | 3:09:00 PM | 0 comments



Assalamualaikum. Holla. Dah makan belom? Dah mandi belom? Dah siapkan homework? Mesti belom kan? Agaknya dah terkumpul setinggi bangunan ape yer? KLCC? Haaaa..soalan luar biasa pulak aku tanya untuk entry kali ni. Haha. Okay,aku bosan dah xde kerja nak buat *tipu! Banyak kerja nak buat cme MALAS! Tsk tsk. Oh yeah,entry kali ni aku x speaking pulak yer? Bukan apa,aku tak nak la orang perli cakap aku ni bajet minah salleh. Padahal aku cme nak biasakan diri dengan English. Biasa la,orang Melayu ni selalu sangat berfikiran kolot. Speaking cket dah kena cop bajet. Kita sepatutnya manfaatkan peluang ni untuk belajar sebanyak mungkin bahasa yang wujud dekat muka bumi ni. Kang aku belajar cakap bahasa makhluk asing ternganga pulak korang kan? Nanti cakap aku tak betul plak dah. Haish,macam2!

Anyways,aku dah jarang nak update blog. Busy sikit kebelakangan ni. Sebab hari ni cuti jer aku boleh dating dgn blog. Blog ni kan dah macam boyfriend yg ke 876542 aku. Haha. Dua minggu lepas sekolah aku adakan aktiviti merentas desa. Sebenarnya aku bukannya rajin sangat nak penatkan diri join merentas desa tu. Kalau boleh nak jer ponteng,duduk rumah baca komik. Lol. Tapi disebabkan tahun ni tahun yang terakhir,aku pergi jugak. Lepas ni dah takde aktiviti macam ni dah. Maklumlah,dah habis sekolah. Nanti mesti rindu benda2 yang macam ni. Waktu merentas desa tu,aku tak lari pon. Sebab aku kan tak berapa nak sihat. Tapi gatal jugak nak join. Inilah padahnya. Aku hampir2 pengsan. Nasib baik ada junior tolong. Kalau tak,aku tak tau apa dah jadi dekat aku. Ada kawan pon tak guna. Semua tinggal aku. Apa boleh buat kan? Diorang pentingkan hal lain. Entah2 kalau aku mati waktu tu pon diorang tak tau. Tsk. So,aku pon jalan la dengan kaki yang sakit tu smpai habis checkpoint terakhir. Alhamdulillah,masih boleh bernafas dengan lancar,kalau tak,hospital la jawabnya /sobs. 

Berbaloi jugak la aku pergi merentas desa tu. Sebab rumah sukan aku dapat johan. Bangga la jugak. At least dapat sumbangkan markah. Congrats PERKASA! Biru boleh! Haha. Tapi yang tak berbaloi pulak,aku hilang kawan. Aku dah anggap yang aku x pernah kenal diorang. Bukan sekali diorang buat aku macam ni. Diorang tak tau yang aku tahan je rasa marah depan diorang. Aku rasa macam aku terlalu bergantung dekat diorang. Dulu aku okay jer,xde kawan pon aku boleh hidup. So,aku patut berubah jadi macam dulu. The meaning of friend is nothing to me now. They're just faking themselve infront of me. Bila susah cari aku,sekarang aku dah xde,korang nak cari sape pulak? Tanya diri korang sendiri kenapa aku jadi macam ni. Semua sebab korang jugak. 

Dah la,aku x nak membebel panjang2. Kerja kursus pon dah menjerit-jerit panggil untuk disiapkan ;~~; 
Wish me luck for my mid-term exam. Adiosaaa.