Be Inspired
TALES OWNER STUFF LINKS TWITTER FACEBOOK ARTWORK follow
Deuramaaa~
Thursday, February 27, 2014 | 7:57:00 PM | 0 comments

Assalamualaikum! Change blogskin again! Aku takde kerja so inilah kerja aku. Harhar. Disebabkan aku ni jobless sekarang, aku ada banyak masa untuk tonton drama and movie. Baru-baru ni aku dah habiskan tengok drama yang tergendala dari tahun lepas lagi School 2013, Master's Sun, The Heirs dan movie Paradise Kiss plus Frozen. Iye, movie Frozen yang kartun omputeh buat tu. Setahu aku, takde peraturan untuk hadkan umur penonton cerita kartun camtu kan? So tak kira la umur berapa pon, asalkan cerita tu best, boleh je tengok. Lagipon movie Frozen tu bagi aku best sangat sebab animasi dalam tu cantik-cantik belaka. Especially Elsa si permaisuri ais tu. Elsa cantik sangat smpai aku rasa nak jadi fangirl dia walaupun dia tak wujud. No wonder la movie Frozen tu disebut-sebut ramai kan? 

Drama 2013 aku habis tengok lama dah, so aku takleh nak komen banyak sebab aku tak berapa ingat jalan cerita. kekeke. Takde la best sangat drama tu, boleh la nak tengok kalau dah takde kerja langsung nak buat macam aku ni #sobs. Aku tengok sebab ada Woobin dengan Jongsuk je. Cuci mata tengok flower boy berlakon. 

So far, drama Master's Sun yang paling aku suka dan masih melekat kuat dalam otak aku. Cara Jo Joong Won cakap 'get lost' dekat Tae Yang tu aku tak boleh lupa sampai sekarang. Comel ;___; Sebenarnya aku tengok drama tu sebab Myungsoo ada berlakon sekali. #husband berlakon mestilah kena tengok kan? xD Drama Master's Sun ni best sebab dalam tu dorang ada selitkan macam-macam unsur kehidupan contohnya masalah keluarga,persahabatan,perasaan belas kasihan pada haiwan and ect, plus ada jugak unsur misteri masa dorang bongkar pasal identiti Cha Hee Joo yang sebenar. Drama ni takde tumpukan pasal cinta semata-mata je so that's why aku rasa drama ni sesuai kalau tonton dengan family. Walaupun drama ni sebenarnya berkisar pasal Tae Yang, perempuan yang boleh nampak hantu selepas alami kemalangan dan koma, drama ni berjaya tarik perhatian penonton yang macam aku ni #penakut =_= 

Drama The Heirs pulak biasa je. Typical rich family stories. Drama ni banyak sangat konflik, aku tak berapa gemar drama macam ni. Bagi peminat drama genre yang macam ni, sila la tengok. 

Then movie Paradise Kiss. Ini movie japan dan diadaptasi dari manga tajuk yang sama jugak. Aku dah familiar dengan manga ni tapi aku nak cuba tengok yang movie version. Watak George dgn Caroline dalam tu memang lain gila-gila. #Nama betol Caroline ialah Yukari Hayasaka, Caroline tu stage name dia. Rasa macam tak sesuai je. Dalam manga, George tu kacukan so muka dia pon ala-ala mat salih la. Tapi dalam movie plak lelaki tu tak nampak macam kacukan so aku rasa awkward sebab dah biasa dengan George manga version. Tapi disebabkan yang movie version punya agak hensem, aku layan je. Haha. Storyline movie ni simple je, psal si Caroline yang dipaksa oleh mak dia belajar bersungguh-sungguh untuk masuk sekolah terkenal. Tak pernah terlintas untuk dia cuba bidang modelling ni. Tapi bila dia jumpa dengan George, which is a genius fashion designer, baru dia tau yang dia ada bakat jadi model. Pada masa yang sama diorang bercinta. Paradise Kiss tu sebenarnya nama yang dorang guna untuk jenama pakaian yang George buat, tu je. Bila tengok movie ni, aku bertambah minat untuk ambil tau pasal bidang fashion. Macam best je.


Aku rasa bersalah pulak dekat Aziy sebab suruh dia download drama banyak-banyak. Mian chingu ya T.T