Be Inspired
TALES OWNER STUFF LINKS TWITTER FACEBOOK ARTWORK follow
Result
Tuesday, March 4, 2014 | 6:28:00 PM | 0 comments



Assalamualaikum. Its March! Im counting days to the worst nightmare in my life.  Result SPM akan keluar tak lama lagi. Aku tak nervous tapi aku rasa annoying bila tengok bebudak twitter retweet pasal countdown result SPM. 

"eeee, takut la result nak keluar, lagi 16 hari. nervousss" or "asyik tweeting je, tak sedar ke result keluar lagi 20 hari"

Kau kata orang tapi kau boleh pulak melayan twitter 24/7. Cakap tak serupa bikin.
Daripada menghabiskan masa buat countdown segala bagai, aku rasa baik guna masa tu untuk doa supaya result elok.

Aku tak mengharap sangat dengan result aku sebab aku sendiri tau banyak mana aku usaha waktu jawab exam haritu. Kata orang apa yang kita dapat itulah apa yang kita dah usahakan. Aku tau usaha aku tu tak sebanyak dan sekuat mana pon. Jadi kalau boleh aku akan cuba untuk terima keputusan yang aku akan dapat walaupun seteruk mana pun. Rasa menyesal tu ada la jugak sebab tak buat sehabis boleh, tapi nak buat macam mana kan? Banyak sangat halangan dan anasir-anasir jahat yang mengganggu konsentrasi #cewah ayat. 

Lol, i should stop beating around the bush. Kesimpulannya, aku tak expect akan dapat result yang boleh buat mak dengan ayah aku melopong #haha sebab salah aku jugak tak tumpu perhatian. Asyik leka dengan hiburan. Tapi apa pun result yang aku bakal dapat nanti, aku terima dengan lapang dada sebab aku dah tekad nak start fresh from the beginning bila aku diterima masuk ke Universiti nanti. Insyaallah. 
Aku tak boleh nak menghadap muka mak dengan ayah aku dan cakap 'sorry' sebab aku ni kan egoist. Ego dalam diri tu menebal sampai dah tak boleh nak hakis. Sebab tu aku tak akan minta maaf walaupun aku rasa sangat-sangat bersalah. Aku cuma boleh berharap supaya aku dapat kekuatan untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Walaupun aku jenis yang mudah mengalah, aku akan cuba untuk berusaha bersungguh-sungguh. Its better late than never right? Gagal bukan untuk selamanya, kalau berani mencuba, insyaallah akan berjaya. Bukan senang nak berjaya kalau takde semangat dalam diri. So goodluck for 96-liners, goodluck for me and goodluck for future. Fighting!